Saturday, 18 April 2015

KEPENTINGAN REKREASI DAN KESENGGANGAN

1. Pembentukan Personaliti
# Membentuk sikap yakin diri, berdikari dan berani


2. Kepimpinan
# Memupuk sikap bertanggungajawab dan prihatin


3. Dinamika Kumpulan
# Melatih seseorang untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain
# melatih untuk menjadi pemimpin


4. Meningkatkan Kecergasan
# Melalui penglibatan seseorang mengikuti aktiviti fizikal, dia mampu meningkatkan kecergasan diri


5. Sosiolisasi
# Kita dapat melibatkan diri dalam sebuah organisasi yang dianjurkan oleh sebuah pihak
# Memberi peluang untuk kita mengenali orang lain
# Mendapat pengalaman baru


6. Pembangunan insan
# Melahirkan insan yang berani menghadapi risiko di masa akan datang

AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN

Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akan
diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktiviti
rekreasi dan kesenggangan di Malaysia



AKTIVITI REKREASI LUAR


Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatan
yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktiviti
ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas.


BERKHEMAH


















Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianya
merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat
yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada di persekitaran yang berbeza
dari kehidupan biasa. Anda perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan
di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang tidak memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di rumah.
Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan satu aktiviti
yang menyegarkan.




BERBASIKAL BUKIT















Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran
pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama seperti
perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini melibatkan laluan-
laluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit, sempit, curam dan
sebagainya. Basikal yang digunakan juga berbeza dari pada basikal biasa yang
digunakan kerana sifat aktivitinya yang lasak.


KAYAK
















Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi kayak di atas
air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Ianya
memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak.



MENDAKI TEMBOK TIRUAN DAN SEMULA JADI


















Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah merupakan salah
satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini memerlukan kemahiran
peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan teknik yang betul untuk sampai ke
puncak. Aktiviti ini menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol
meletak tangan (hand hold) dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi
pula ianya memerlukan peralatan khas yang digunakan sebagai “anchor” untuk
meletak “Pitons” sejenis alat yang membantu melekatkan karabiner dari jenis “snap
gate”. Antara peralatan lain diperlukan adalah seperti harness, tali, karabiner, chalk
bag dan kasut mendaki. Bagi tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang
memiliki tahap kesukaran (difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran
aktiviti ini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-
tembok semula jadi seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar
berbanding memanjat tembok tiruan.




KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris “leisure”.Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud ‘untuk menjadi bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir dalam bahasa Perancis yang bermaksud ‘membenarkan', dan kata license (bermakna bebas untuk menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya) dalam bahasa Inggeris. Kesemua kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan kebebasan atau memberikan pilihan dan ketiadaan paksaan.Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah “schole” yang bermakna aktiviti yang serius tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah berasal dari kata Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi bahawa ada hubungan yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan pendidikan. Jean Mundy dan Linda Odum ketika dalam aktiviti senggang, individu bebas memilih
kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang boleh memenuhi kehendak
individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu mampu memenuhi keinginan dan
keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat memberikan ruang yang membenarkan.
seseorang memilih untuk beraktiviti secara bebas tanpa halangan.

KONSEP KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara
rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan ciri-ciri yang
saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992),
Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai
kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:



(a) Berkait masa
(b) Masa terluang
(c) Sebagai satu aktiviti
(d) Satu aktiviti yang menyenangkan
(e) Memiliki konsep yang menyeluruh “holistic”
(f) Sebagai satu cara hidup
(g)Simbol taraf sosial




CONTOH AKTIVITI KESENGGANGAN
Bermain Skuter
Berbasikal
Membaca
Melukis
Bermain layang-layang

KESAN DAN ABILITI REKREASI

Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan aktiviti
rekreasi adalah seperti berikut:


Kegembiraan dan Keseronokan
Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami pengalaman
baru.


Kepuasan
Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan kepuasan
atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui


Keseimbangan
Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di antara
tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi


Pembinaan Sikap
Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti bertolak
ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina kestabilan emosi.


Pembelajaran
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru yang
diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk memperkembangkan daya
pemikirannya


Kebebasan
Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau tekanan ketika
melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu andmenikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.

KONSEP, DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKREASI DAN
KESENGGANGAN

REKREASI
Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa. Masa digunakan manusia bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan asas manusia seperti untuk makan, minum dan tidur, keperluan hidup melakukan pelbagai jenis pekerjaan, dan keperluan untuk berehat. Masa yang dimaksudkan ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri. Aktiviti yang dilakukan pula bebas dari sebarang unsur-unsur paksaan. Aktiviti rekreasi adalah merupakan komponen pelbagai bentuk aktiviti ruang dipilih manusia untuk mengisi masa lapang mereka.
Berikut adalah antara beberapa teori yang anda boleh kaitkan mengenai rekreasi dan
memudahkan anda memahaminya:

(a) Membantu mewujudkan kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi
(b) Lebihan tenaga yang boleh disalurkan untuk berekreasi
(c) Wujud pendekatan penggunaan pergerakan fizikal
(d) Pelaksanaan aktiviti tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri
(e) Membantu melepaskan tekanan dan pelepasan emosi terkurung
(f) Mampu mengembalikan kesegaran tenaga (energy restoration)
(g) Membantu dalam penglahiran rasa (self expression).
Para penggiat rekreasi menggariskan bahawa rekreasi adalah aktiviti, terutamanya aktiviti fizikal, yang mempunyai ciri berikut:

(a) Coraknya beraneka
(b) Aktiviti ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpula
(c) Penyegaran jasmani dan rohani
(d) Perlaksanaan atau penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara sukarela
(e) Masa dilakukannya adalah di luar masa bertugas
(f) Tiada sebarang jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu
(g) Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak daripada
aktiviti tugasnya yang lazim
(h) Selain daripada untuk mengisi masa lapang luar tugas, aktiviti ini juga bertujuan
menjadikan seseorang itu melupakan buat sementara waktu dan tekanan kerja
sehariannya.

Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Rekreasi merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan diberhentikan bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani danintelektual.

PENGENALAN

Rekreasi dan kesenggangan bukanlah satu aktiviti baru dalam kehidupan manusia.
Sejak zaman dahulu kala, manusia sentiasa akan merasa istirahat dan kegembiraan
walaupun sejenak. Pengalaman beraktiviti ini akan berbeza dari seorang dengan yang
lain. Setiap manusia mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memilih aktiviti rekreasi
dan kesenggangan. Ianya mempunyai perkaitan dengan istirahat dan kegembiraan
melalui pengaruh persekitaran yang ada. Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat
di mana istirahat dan kegembiraan itu terjadi, dari segi sejarahnya adalah berbeza antara
seseorang dan antara satu kelompok budaya dengan yang lain.



Bukit Fraser









Bukit Fraser adalah kawasan peranginan tanah tinggi. Ianya merupakan destinasi menarik dengan hawa udaranya dingin serta pengekalan ciri-ciri kolonial masa lalu seperti seni bina ala Todur dan suasana perkampungan Inggeris.
 Skala pembangunan dan tata fizikalnya memberi peluang kepada pengunjung untuk mendekati alam semulajadi. Bukit Fraser terletak kira-kira 1,500 meter daripada aras laut. Ianya seluas 28.049 km persegi.

Jeram Besu
Jeram Besu juga merupakan kawasan destinasi yang menarik di Daerah Raub. Ini kerana ia terletak di Sungai Lipis dan berada 6km sebelum Bandar Benta, 30km dari Bandar Raub dan juga merupakan tempat rekreasi yang di kenali di dalam dan luar negara kerana ia tempat yang mencabar dan sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak seperti berkhemah, berakit, berkenu, kayak, merentas hutan dan sebagainya. 







Selain itu terdapat juga kemudahan yang di sediakan di sini seperti rumah istirehat, kenu, kayak dan sebagainya. ini kerana kedudukan Jeram Besu adalah ditengah-tengah kawasan yang juga berdekatan dengan kemudahan dan kedai-kedai makan. 





Lata Jarum
Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.
Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari air terjun Lata Jarum. 





Tidak diketahui bagaimana Lata Jarum mendapat namanya, tetapi mungkin daripada kesejukan airnya yang sejuk sehingga mencucuk ke tulang. Sesuai dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di sini berbatu-batan dan aliran airnya agak deras.
Namun begitu terdapat juga kawasan yang airnya agak tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai dan bermain air. Di sini, disediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2 pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh. Bermalam di chalet buluh mampu memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh menguruskan, jika ingin mengadakan aktiviti 'jungle trekking'.   
Lata Lembik
Lata Lembik juga salah satu lagi destinasi perkelahan yang menarik di Daerah Raub, kawasan ini juga dipenuhi oleh batu-batan dan airnya yang jernih serta sejuk. Kedudukan tempat perkelahan kira-kira 22 km dari Simpang Kg.Batu Malim.
  








Pulau Chekas
Terletak hanya beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu.
Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah di empangkan.  



Island Hopping Tour adalah cara yang terbaik untuk menikmati kepulauan Langkawi. Ia adalah salah satu yang mesti dilakukan ketika melawat Pulau Langkawi. Perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira 4 jam melawati Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa. Semuanya di sekitar Pulau Langkawi, anda boleh berenang,berjemur, bermain sukan air seperti payung terjun, jet ski serta snorkeling. Langkawi sebenarnya terdiri daripada kelompok99 buah pulau (104 pada air surut dan hanya kira-kira 50 peratus telahdinamakan).

PREGNANT MAIDEN ISLAND

Seperti dengan namanya Dayang Bunting, anda pasti tertarik dengan rupa bentuk bukit yang kelihatan seperti wanita hamil yang sedang berbaring. Menurut cerita rakyat tempatan, adalah dipercayai bahawa wanita yang mandul akan hamilselepas mereka mandi di tasik atau minum airnya. Biarkan mata anda menikmatilandskap kars yang indah dengan laut dan  kehijau tasik. Ianya sedikit ajaib kerana di luar dinding kars adalah laut yang masin. Geologi yang unik ini telahmemperolehi pengiktirafan sebagai Marble Geoforest Park, iaitu sebahagian daripada yang dilindungi oleh Unesco Langkawi Geopark.










SINGA ISLAND
Langkawi Island Hopping Tour juga akan membawa anda melawati Pulau SingaBesar. Di tempat inilah aktiviti memberi makan helang laut dajalankan. Di Langkawi, biasanya helang laut adalah lebih besar daripada helang sungai danwarna mereka juga berbeza. Helang Sungai biasanya bewarna coklat dan HelangLaut bewarna kelabu.











BERAS BASAH ISLAND
Asli, menarik, indah dan damai adalah kata sifat yang digunakan untuk menghuraikan Pulau Beras Basah. Sebagai salah satu pulau yang paling terkenal di Pulau Langkawi, yang terletak di hujung barat Langkawi, pulau ini akanmemberikan anda tempat percutian yang sesuai dengan pantai berpasir putihyang dikelilingi oleh laut biru yang luas. Hutan rimba hijau yang mengelilingipulau ini menambah rasa ketenangan dan membolehkan anda untuk merehatkandiri anda apabila melangkah di pulau ini. Disini juga akan boleh melakukan aktiviti – aktiviti laut seperti bermain Jet Ski, Payung Terjun, Bot Pisang dan lain – lain lagi.











PRIVATE ISLAND
Pulau ini adalah tempat bagi mereka yang ingin mempunyai sedikit masaperibadi di pantai atau pulau yang tiada orang lain di seluruh kawasannya. Di pulau ini, terdapat tiada orang tetapi selamat daripada haiwan. Sudah tentu pulauini adalah salah satu daripada 99 pulau di sekitar Langkawi. Sesuai untukberehat, berjemur, dan juga persekitaran yang romantis untuk pasangan yang berbulan madu.






PERAHU LAYAR DI SABAH

Sejarah Sukan Perahu Layar
Sejarah sukan kapal layar telah bermula pada abad ke 17 di Holland (Belanda). Semenjak itu, sukan ini telah diperkenalkan ke England pada 1660 oleh Charles II dan seterusnya berkembang ke seluruh Negara jajahan Amerika. Kelab kapal layar yang pertama ditubuhkan di dunia adalah New York Yacht Club (1720). Kelab ini juga telah menganjurkan satu pertandingan kapal layar antarbangsa yang bermula 1844 dan masih kekal hingga ke hari ini iaitu Piala Amerika. Kemudian pada tahun 1900, sukan kapal layar telah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik dan seterusnya memartabatkan lagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Sukan Perahu Layar Dimainkan
Sukan Perahu layar merupakan salah satu sukan yang dimainkan dengan bergantung kepada bantuan angin untuk menggerakkan perahu tersebut. Biasanya sukan ini popular dimainkan di negeri yang mempunyai laut dengan tiupan angin yang kuat. Pergerakan perahu layar ini dibantu oleh pemain-pemain yang mempunyai fungsi yang berbeza yang berada di atas perahu untuk menentukan arah tuju perahu bergerak dengan mengubah kedudukan layar yang terdapat pada kapal.

Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar di mana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.

Mainsheet trimmer - berperanan mengawal layar paling besar di mana kelajuan kapal tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.

Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.

Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Bowman adalah ''eye at the front''Bowman mestilah seorang yang kuat dan mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.

Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitmanmengawal kebanyakan tali yang akan menentukan arah layar.



Sukan Perahu layar di Sabah

Persatuan/kelab
Selain daripada itu, terdapat persatuan atau kelab yang membantu dalam mempromosikan sukan ini di Sabah. Antaranya ialah Persatuan Pelayar Sabah (Saila), Persatuan Pelayar Jepun Sabah (SBH) dan Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC) yang bergerak aktif dalam pembangunan sukan peruhu layar.

Tempat dimainkan
Sukan perahu layar di Sabah biasanya diadakan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM), Kota Kinabalu dan di sekitar laut Tanjng Aru kerana kedua-dua kawasan ini sesuai kerana memiliki keluasan dan tiupan angin yang kuat.


Peserta mempamerkan aksi masing-masing dalam Kejohanan perahu layar yang diadakan setiap tahun



Gambar dari kawasan pantai tanjung Aru



Sebilangan pelancong menikmati keseronokan dalam mengawal perahu layar



Sejarah Perahu Naga

Asal usul perahu naga (sebutan dalam bahasa Cina, longzhou) telah bermula sejak 2000 tahun dahulu di Negara China. Pada asalnya, perlumbaan perahu naga dibuat adalah untuk menyambut upacara kesuburan bagi memastikan hasil tanaman bertambah banyak. Perlumbaan perahu naga ini telah menjadi tradisi dan biasanya dilakukan pada hari kelima bulan kelima lunar calendar Cina untuk menggalakkan hujan turun untuk kemakmuran. Naga telah menjadi symbol untuk mereka melakukan ibadat kerana kepercayaan mereka bahawa naga dapat mempengaruhi hujan untuk turun. Perlumbaan perahu naga telah dikomersialkan sebagai sukan antarabangsa bermula di Hong Kong pada tahun 1976. Sejak itu, tercetusnya fenomena perlumbaan perahu naga di seluruh dunia. Perahu Naga merupakan sebuah perahu panjang yang digunakan untuk bertanding semasa berlangsungnya satu temasya sukan laut.

Sukan Perahu Naga Dimainkan
Sukan Perahu Naga biasanya dimainkan dengan perahu tersebut dikayuh secara berpasukan dengan setiap pendayung mendayung secara berselang ke kiri dan kanan perahu untuk membolehkan perahu bergerak dengan pantas dan seimbang. Bagi satu-satu perlumbaan perahu naga yang berlangsung, dua atau lebih perahu naga akan berlumba untuk mengetahui siapa pemenang dan berapa pantas masa yang dicatatkan. Setiap pasukan dianggotai seramai 20 pelumba termasuk seorang pemukul gendang dan ketua pasukan yang menjadi tukang sorak ketika perlumbaan berlangsung.

Sukan Perahu Naga Di Sabah
Sukan perahu naga merupakan salah satu acara sukan tahunan yang dilangsungkan di Sabah. Sukan ini biasanya diadakan di perairan Teluk Likas, Kota Kinabalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan sepanjang tempoh penganjuran selama 25 kali daripada peserta dalam dan luar Negara. 


Teluk Likas semasa pertandingan diadakan


Tanjung Lipat antara kawasan yang digemari oleh peminat perahu naga beradu kekuatan 


Banana Boat atau Bot Pisang juga dikenali sebagai Bot Gelongsor Air yang biasanya ditunggangi oleh beberapa orang. Permainan ini sangat terkenal di serata dunia termasuklah di Sabah. Permainan ini juga bukan sahaja popular dalam kalangan orang dewasa malah popular dalam kalangan kanak-kanak. Bot rekreasi kembung yang ditarik menggunakan bot. Banana Boat dicipta oleh Glenn Mathews di akhir 1980-an. Model yang berbeza biasanya menampung penunggang seramai tiga hingga sepuluh orang sekaligus yang duduk di atas tiub yang lebih besar. Tiub ini biasanya berwarna kuning dan berbentuk seperti pisang. Sesetengah model juga mempunyai dua tiub utama. Sepanjang perjalanan, bot yang berkuasa tinggi akan menarik bot pisang tersebut dan akan cuba untuk menterbalikkan bot pisang dengan membuat selekoh tajam. Pelumba juga perlu memakai jaket keselamatan.

Banana Boat di Sabah
Teknik Permainan 
·                     Banana boat diikat terlebih dahulu pada bot yang mempunyai enjin yang berkuasa tinggi.
·                      Bot pisang akan ditarik.
·                      Penunggang akan cuba diterbalikkan dengan bot penarik akan membuat selekoh tajam.
·                     Penunggang banana boat perlulah sentiasa memakai jaket keselamatan.

Tempat Permainan 
·                     Pulau Mamutik 
·                      Pulau Manukan
·                     Nexus Resort and Spa Karambunai



Parasailing yang pertama dibangunkan oleh Pierre-Marcel Lemoigne pada tahun 1961. Parasailing adalah sukan pengembaraan yang menggabungkan semangat yang kuat, payung terjun, tali dan bot yang dipandu laju. Parasailing atau dikenali juga sebagai parakiting adalah satu aktiviti rekreasi di mana  seseorang itu akan ditarik oleh sebuah kenderaan biasanya bot. Terdapat satu sayap kanopi yang direka khas seperti payung terjun iaitu sayap parasail. Kekuatan  dan arah angina sangat dititikberatkan dalam aktiviti parasailing ini. Parasailing ini boleh dilakukan sama ada di atas tanah atau di atas air. Parasailing merupakan aktiviti rekreasi yang sangat popular pada musim panas.
Disebabkan kemajuan dalam sukan parasailing, kini terdapat parasail yang boleh membawa dua atau tiga orang sekaligus yang menggunakan reka bentuk “Tandem Bar”. Parasail yang lebih besar digunakan pada masa kini iaitu 24 hingga 42 kaki tinggi. Penerbangan boleh melangkaui sehingga 300 hingga 2000 kaki.


Parasailing di Sabah

Teknik permainan 
·                     Tali atau abah-abah diikat pada bot sebelum memulakan penerbangan.
·                     Semasa penerbangan dilakukan, angina yang sederhana kuat akan  mengembangkan sayap parasail.
·                      Bot akan dipandu laju bagi menerbangkan parasailing di atas udara.
·                      Pendaratan akan dilakukan oleh juruterbang dengan menarik brek yang diikat pada parasailing dan bersambung di kanan dan kiri sayap parasail.

Tempat 
·                      Pulau Mamutik
·                      Pulau Manukan
·                     Nexus Resort and Spa Karambunai

Gambar ketika menaiki parasailing
                                      


 Senyum...pengunjung ketika berada di udara

Gambar  pengunjung dari atas bot