KEPENTINGAN
REKREASI DAN KESENGGANGAN
1. Pembentukan Personaliti
# Membentuk sikap yakin diri, berdikari dan berani
2. Kepimpinan
# Memupuk sikap bertanggungajawab dan prihatin
3. Dinamika Kumpulan
# Melatih seseorang untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain
# melatih untuk menjadi pemimpin
4. Meningkatkan Kecergasan
# Melalui penglibatan seseorang mengikuti aktiviti fizikal, dia mampu meningkatkan kecergasan diri
5. Sosiolisasi
# Kita dapat melibatkan diri dalam sebuah organisasi yang dianjurkan oleh sebuah pihak
# Memberi peluang untuk kita mengenali orang lain
# Mendapat pengalaman baru
6. Pembangunan insan
# Melahirkan insan yang berani menghadapi risiko di masa akan datang
1. Pembentukan Personaliti
# Membentuk sikap yakin diri, berdikari dan berani
2. Kepimpinan
# Memupuk sikap bertanggungajawab dan prihatin
3. Dinamika Kumpulan
# Melatih seseorang untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain
# melatih untuk menjadi pemimpin
4. Meningkatkan Kecergasan
# Melalui penglibatan seseorang mengikuti aktiviti fizikal, dia mampu meningkatkan kecergasan diri
5. Sosiolisasi
# Kita dapat melibatkan diri dalam sebuah organisasi yang dianjurkan oleh sebuah pihak
# Memberi peluang untuk kita mengenali orang lain
# Mendapat pengalaman baru
6. Pembangunan insan
# Melahirkan insan yang berani menghadapi risiko di masa akan datang
Setelah anda memahami akan
ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akan
diperkenalkan dengan
beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktiviti
rekreasi dan kesenggangan di
Malaysia
AKTIVITI
REKREASI LUAR
Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatan
yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktiviti
ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas.
BERKHEMAH

Perkhemahan adalah salah
satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianya
merupakan satu aktiviti yang
terancang yang disusun untuk mencapai matlamat
yang dinginkan. Aktiviti ini
memerlukan anda berada di persekitaran yang berbeza
dari kehidupan biasa. Anda
perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan
di rumah dan perlu
menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang tidak
memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di rumah.
Anda akan berada dekat
dengan alam sekitar dan ianya merupakan satu aktiviti
yang menyegarkan.
BERBASIKAL
BUKIT
Berbasikal bukit ini
merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran
pengendalian basikal bukit
yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama seperti
perlumbaan atau aktiviti
basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini melibatkan laluan-
laluan semula jadi yang
mencabar seperti berbukit-bukit, sempit, curam dan
sebagainya. Basikal yang
digunakan juga berbeza dari pada basikal biasa yang
digunakan kerana sifat
aktivitinya yang lasak.
KAYAK
Aktiviti kayak adalah satu
aktiviti yang memerlukan anda mengemudi kayak di atas
air dengan mengaplikasikan
kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Ianya
memerlukan latihan dan
kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak.
MENDAKI TEMBOK TIRUAN DAN
SEMULA JADI
Aktiviti mendaki tembok
tiruan dan tembok semula jadi ini adalah merupakan salah
satu aktiviti rekreasi yang
popular masa kini. Aktiviti ini memerlukan kemahiran
peserta untuk menggunakan
kekuatan tangan dan teknik yang betul untuk sampai ke
puncak. Aktiviti ini
menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol
meletak tangan (hand hold)
dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi
pula ianya memerlukan
peralatan khas yang digunakan sebagai “anchor” untuk
meletak “Pitons” sejenis
alat yang membantu melekatkan karabiner dari jenis “snap
gate”. Antara peralatan lain
diperlukan adalah seperti harness, tali, karabiner, chalk
bag dan kasut mendaki. Bagi
tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang
memiliki tahap kesukaran
(difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran
aktiviti ini. Aktiviti ini
juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-
tembok semula jadi seperti
permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar
berbanding memanjat tembok
tiruan.
KESENGGANGAN
Kesenggangan merupakan satu
bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk bermain, melepaskan
tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di dalam konsep
kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris “leisure”.Kehidupan
masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan
yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.Dari segi istilah
leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud ‘untuk menjadi
bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir dalam bahasa Perancis
yang bermaksud ‘membenarkan', dan kata license (bermakna bebas untuk menyeleweng
dari peraturan, amalan dan sebagainya) dalam bahasa Inggeris. Kesemua kata-kata
ini adalah berkaitan, menyarankan kebebasan atau memberikan pilihan dan
ketiadaan paksaan.Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah “schole” yang
bermakna aktiviti yang serius tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa
Inggeris adalah berasal dari kata Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is
membawa implikasi bahawa ada hubungan yang rapat di antara leisure atau kesenggangan
dengan pendidikan. Jean Mundy dan Linda Odum ketika dalam aktiviti senggang,
individu bebas memilih
kesempatan yang memberikan
suatu pengalaman yang boleh memenuhi kehendak
individu pada ketika itu.
Kehendak itu pula perlu mampu memenuhi keinginan dan
keperluannya. Ini bermakna
situasi ini dilihat memberikan ruang yang membenarkan.
seseorang memilih untuk
beraktiviti secara bebas tanpa halangan.
KONSEP
KESENGGANGAN
Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara
rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan ciri-ciri yang
saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992),
Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai
kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:
(a) Berkait masa
(b) Masa terluang
(c) Sebagai satu aktiviti
(d) Satu aktiviti yang menyenangkan
(e) Memiliki konsep yang menyeluruh “holistic”
(f) Sebagai satu cara hidup
(g)Simbol taraf sosial
Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara
rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan ciri-ciri yang
saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992),
Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai
kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:
(a) Berkait masa
(b) Masa terluang
(c) Sebagai satu aktiviti
(d) Satu aktiviti yang menyenangkan
(e) Memiliki konsep yang menyeluruh “holistic”
(f) Sebagai satu cara hidup
(g)Simbol taraf sosial
CONTOH
AKTIVITI KESENGGANGAN
Bermain Skuter
Berbasikal
Membaca
Melukis
Bermain layang-layang
KESAN DAN ABILITI REKREASI
Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan aktiviti
rekreasi adalah seperti berikut:
Kegembiraan dan Keseronokan
Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami pengalaman
baru.
Kepuasan
Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan kepuasan
atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui
Keseimbangan
Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di antara
tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi
Pembinaan Sikap
Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti bertolak
ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina kestabilan emosi.
Pembelajaran
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru yang
diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk memperkembangkan daya
pemikirannya
Kebebasan
Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau tekanan ketika
melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu andmenikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.
KESAN DAN ABILITI REKREASI
Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan aktiviti
rekreasi adalah seperti berikut:
Kegembiraan dan Keseronokan
Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami pengalaman
baru.
Kepuasan
Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan kepuasan
atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui
Keseimbangan
Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di antara
tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi
Pembinaan Sikap
Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti bertolak
ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina kestabilan emosi.
Pembelajaran
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru yang
diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk memperkembangkan daya
pemikirannya
Kebebasan
Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau tekanan ketika
melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu andmenikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.
KONSEP,
DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKREASI DAN
KESENGGANGAN
REKREASI
Rekreasi banyak berkait
dengan penggunaan masa. Masa digunakan manusia bagi memenuhi pelbagai kehendak
dan keperluan asas manusia seperti untuk makan, minum dan tidur, keperluan
hidup melakukan pelbagai jenis pekerjaan, dan keperluan untuk berehat. Masa
yang dimaksudkan ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang
wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri.
Aktiviti yang dilakukan pula bebas dari sebarang unsur-unsur paksaan. Aktiviti rekreasi
adalah merupakan komponen pelbagai bentuk aktiviti ruang dipilih manusia untuk mengisi
masa lapang mereka.
Berikut adalah antara
beberapa teori yang anda boleh kaitkan mengenai rekreasi dan
memudahkan anda memahaminya:
(a) Membantu mewujudkan
kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi
(b) Lebihan tenaga yang
boleh disalurkan untuk berekreasi
(c) Wujud pendekatan
penggunaan pergerakan fizikal
(d) Pelaksanaan aktiviti
tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri
(e) Membantu melepaskan
tekanan dan pelepasan emosi terkurung
(f) Mampu mengembalikan
kesegaran tenaga (energy restoration)
(g) Membantu dalam penglahiran
rasa (self expression).
Para penggiat rekreasi
menggariskan bahawa rekreasi adalah aktiviti, terutamanya aktiviti fizikal,
yang mempunyai ciri berikut:
(a) Coraknya beraneka
(b) Aktiviti ini boleh
dilakukan secara berseorangan atau berkumpula
(c) Penyegaran jasmani
dan rohani
(d) Perlaksanaan atau
penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara sukarela
(e) Masa dilakukannya
adalah di luar masa bertugas
(f) Tiada sebarang
jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu
(g) Aktiviti yang dilakukan
oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak daripada
aktiviti tugasnya yang lazim
(h) Selain daripada
untuk mengisi masa lapang luar tugas, aktiviti ini juga bertujuan
menjadikan seseorang itu
melupakan buat sementara waktu dan tekanan kerja
sehariannya.
Rekreasi perlu dilihat
sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Rekreasi
merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela bertujuan untuk mendapat
keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tiada
peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan
dan diberhentikan bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah
kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek
jasmani emosi dan rohani danintelektual.
Rekreasi dan kesenggangan
bukanlah satu aktiviti baru dalam kehidupan manusia.
Sejak zaman dahulu kala,
manusia sentiasa akan merasa istirahat dan kegembiraan
walaupun sejenak. Pengalaman
beraktiviti ini akan berbeza dari seorang dengan yang
lain. Setiap manusia
mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memilih aktiviti rekreasi
dan kesenggangan. Ianya
mempunyai perkaitan dengan istirahat dan kegembiraan
melalui pengaruh
persekitaran yang ada. Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat
di mana istirahat dan
kegembiraan itu terjadi, dari segi sejarahnya adalah berbeza antara
seseorang dan antara satu
kelompok budaya dengan yang lain.
No comments:
Post a Comment