PERAHU LAYAR DI SABAH
Sejarah
Sukan Perahu Layar
Sejarah
sukan kapal layar telah bermula pada abad ke 17 di Holland (Belanda). Semenjak
itu, sukan ini telah diperkenalkan ke England pada 1660 oleh Charles II dan
seterusnya berkembang ke seluruh Negara jajahan Amerika. Kelab kapal layar yang
pertama ditubuhkan di dunia adalah New York Yacht Club (1720). Kelab ini juga
telah menganjurkan satu pertandingan kapal layar antarbangsa yang bermula 1844
dan masih kekal hingga ke hari ini iaitu Piala Amerika. Kemudian pada tahun
1900, sukan kapal layar telah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik dan
seterusnya memartabatkan lagi sukan ini di peringkat antarabangsa.
Sukan
Perahu Layar Dimainkan
Sukan Perahu
layar merupakan salah satu sukan yang dimainkan dengan bergantung kepada
bantuan angin untuk menggerakkan perahu tersebut. Biasanya sukan ini popular
dimainkan di negeri yang mempunyai laut dengan tiupan angin yang kuat.
Pergerakan perahu layar ini dibantu oleh pemain-pemain yang mempunyai fungsi
yang berbeza yang berada di atas perahu untuk menentukan arah tuju perahu
bergerak dengan mengubah kedudukan layar yang terdapat pada kapal.
Skipper - ketua
kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar di
mana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai
taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.
Mainsheet trimmer - berperanan
mengawal layar paling besar di mana kelajuan kapal tertumpu disitu dan
berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.
Trimmer - bertugas
untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin,
trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak
berlawanan dengan layar utama.
Bowman -
bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Bowman adalah ''eye
at the front'', Bowman mestilah seorang yang kuat dan
mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.
Pitman -
membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar
besar. Pitmanmengawal kebanyakan tali yang akan menentukan arah
layar.
Sukan
Perahu layar di Sabah
Persatuan/kelab
Selain
daripada itu, terdapat persatuan atau kelab yang membantu dalam mempromosikan
sukan ini di Sabah. Antaranya ialah Persatuan Pelayar Sabah (Saila), Persatuan
Pelayar Jepun Sabah (SBH) dan Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC) yang bergerak
aktif dalam pembangunan sukan peruhu layar.
Tempat dimainkan
Sukan perahu layar di Sabah biasanya diadakan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM), Kota Kinabalu dan di sekitar laut Tanjng Aru kerana kedua-dua kawasan ini sesuai kerana memiliki keluasan dan tiupan angin yang kuat.
Sukan perahu layar di Sabah biasanya diadakan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM), Kota Kinabalu dan di sekitar laut Tanjng Aru kerana kedua-dua kawasan ini sesuai kerana memiliki keluasan dan tiupan angin yang kuat.
Peserta
mempamerkan aksi masing-masing dalam Kejohanan perahu layar yang diadakan
setiap tahun
Gambar dari kawasan pantai tanjung Aru
|
Sebilangan pelancong menikmati keseronokan dalam
mengawal perahu layar
|
Sejarah
Perahu Naga
Asal usul
perahu naga (sebutan dalam bahasa Cina, longzhou) telah bermula sejak 2000
tahun dahulu di Negara China. Pada asalnya, perlumbaan perahu naga dibuat
adalah untuk menyambut upacara kesuburan bagi memastikan hasil tanaman
bertambah banyak. Perlumbaan perahu naga ini telah menjadi tradisi dan biasanya
dilakukan pada hari kelima bulan kelima lunar calendar Cina untuk menggalakkan
hujan turun untuk kemakmuran. Naga telah menjadi symbol untuk mereka melakukan
ibadat kerana kepercayaan mereka bahawa naga dapat mempengaruhi hujan untuk
turun. Perlumbaan perahu naga telah dikomersialkan sebagai sukan antarabangsa
bermula di Hong Kong pada tahun 1976. Sejak itu, tercetusnya fenomena
perlumbaan perahu naga di seluruh dunia. Perahu Naga merupakan sebuah perahu
panjang yang digunakan untuk bertanding semasa berlangsungnya satu temasya
sukan laut.
Sukan
Perahu Naga Dimainkan
Sukan Perahu
Naga biasanya dimainkan dengan perahu tersebut dikayuh secara berpasukan dengan
setiap pendayung mendayung secara berselang ke kiri dan kanan perahu untuk
membolehkan perahu bergerak dengan pantas dan seimbang. Bagi satu-satu
perlumbaan perahu naga yang berlangsung, dua atau lebih perahu naga akan
berlumba untuk mengetahui siapa pemenang dan berapa pantas masa yang
dicatatkan. Setiap pasukan dianggotai seramai 20 pelumba termasuk seorang
pemukul gendang dan ketua pasukan yang menjadi tukang sorak ketika perlumbaan
berlangsung.
Sukan Perahu Naga Di
Sabah
Sukan perahu
naga merupakan salah satu acara sukan tahunan yang dilangsungkan di Sabah.
Sukan ini biasanya diadakan di perairan Teluk Likas, Kota Kinabalu dan mendapat
sambutan yang menggalakkan sepanjang tempoh penganjuran selama 25 kali daripada
peserta dalam dan luar Negara.
Teluk Likas semasa pertandingan diadakan
|
Tanjung Lipat antara kawasan yang digemari oleh
peminat perahu naga beradu kekuatan
|
Banana Boat atau Bot Pisang juga dikenali sebagai Bot
Gelongsor Air yang biasanya ditunggangi oleh beberapa orang. Permainan ini
sangat terkenal di serata dunia termasuklah di Sabah. Permainan ini juga bukan
sahaja popular dalam kalangan orang dewasa malah popular dalam kalangan
kanak-kanak. Bot rekreasi kembung yang ditarik menggunakan bot. Banana Boat
dicipta oleh Glenn Mathews di akhir 1980-an. Model yang berbeza biasanya
menampung penunggang seramai tiga hingga sepuluh orang sekaligus yang duduk di
atas tiub yang lebih besar. Tiub ini biasanya berwarna kuning dan berbentuk
seperti pisang. Sesetengah model juga mempunyai dua tiub utama. Sepanjang
perjalanan, bot yang berkuasa tinggi akan menarik bot pisang tersebut dan akan
cuba untuk menterbalikkan bot pisang dengan membuat selekoh tajam. Pelumba juga
perlu memakai jaket keselamatan.
Banana
Boat di Sabah
Teknik Permainan
Teknik Permainan
·
Banana boat
diikat terlebih dahulu pada bot yang mempunyai enjin yang berkuasa tinggi.
·
Bot
pisang akan ditarik.
·
Penunggang
akan cuba diterbalikkan dengan bot penarik akan membuat selekoh tajam.
·
Penunggang
banana boat perlulah sentiasa memakai jaket keselamatan.
Tempat Permainan
·
Pulau
Mamutik
·
Pulau
Manukan
·
Nexus Resort
and Spa Karambunai
Parasailing yang pertama dibangunkan oleh
Pierre-Marcel Lemoigne pada tahun 1961. Parasailing adalah sukan pengembaraan
yang menggabungkan semangat yang kuat, payung terjun, tali dan bot yang dipandu
laju. Parasailing atau dikenali juga sebagai parakiting adalah satu aktiviti
rekreasi di mana seseorang itu akan ditarik oleh sebuah kenderaan
biasanya bot. Terdapat satu sayap kanopi yang direka khas seperti payung terjun
iaitu sayap parasail. Kekuatan dan arah angina sangat
dititikberatkan dalam aktiviti parasailing ini. Parasailing ini boleh dilakukan
sama ada di atas tanah atau di atas air. Parasailing merupakan aktiviti
rekreasi yang sangat popular pada musim panas.
Disebabkan
kemajuan dalam sukan parasailing, kini terdapat parasail yang boleh membawa dua
atau tiga orang sekaligus yang menggunakan reka bentuk “Tandem Bar”. Parasail
yang lebih besar digunakan pada masa kini iaitu 24 hingga 42 kaki tinggi.
Penerbangan boleh melangkaui sehingga 300 hingga 2000 kaki.
Parasailing
di Sabah
Teknik permainan
·
Tali atau
abah-abah diikat pada bot sebelum memulakan penerbangan.
·
Semasa
penerbangan dilakukan, angina yang sederhana kuat akan mengembangkan
sayap parasail.
·
Bot
akan dipandu laju bagi menerbangkan parasailing di atas udara.
·
Pendaratan
akan dilakukan oleh juruterbang dengan menarik brek yang diikat pada
parasailing dan bersambung di kanan dan kiri sayap parasail.
Tempat
·
Pulau
Mamutik
·
Pulau
Manukan
·
Nexus Resort
and Spa Karambunai
Gambar ketika menaiki parasailing
|
Senyum...pengunjung
ketika berada di udara
Gambar pengunjung dari atas bot
|
No comments:
Post a Comment