PULAU MANUKAN DAN PULU SAPI DISABAH
Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Sabah
Taman Negara
Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan perlindungan hidupan liar yang
diistiharkan oleh kerajaan Malaysia. Semua hidupan darat dan laut di sini
dilindungi oleh perbadanan Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Terdapat 5 buah
Pulau di sini yang terdiri daripada Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan,
Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Pulau Manukan
di Sabah
Panorama waktu pagi di Pulau Manukan
Pulau Manukan, Sabah
Terdapat
pelbagai aktiviti laut yang boleh dilakukan di Pulau Manukan. Antaranya
snorkeling, berkelah bersama keluarga, mencuba scuba doo dan bersiar-siar.
Secara peribadi didapati Pulau Manukan jauh lebih bersih berbanding dengan
Pulau Sapi kerana gerai makanan yang terhad di sini. Sekiranya tidak membawa
keperluan yang mencukupi, anda boleh menyewa tikar, pelampung dan pelatan
snorkeling di sini.
Snorkelling di Pulau Manukan, Sabah
Pulau Sapi di
Sabah
Air sejernih kristal di Pulau Sapi, Sabah
Jeti Pulau Sapi (berhadapan dengan Pulau Gaya)
Pulau Sapi, Sabah (berhadapan dengan Pulau Gaya)
Pulau Sapi
terletak bersebelahan dengan Pulau Gaya. Anda boleh mencuba aktiviti flying fox
dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Pengusaha bot juga ada memaklumkan sewaktu air
surut, anda boleh berjalan kaki menyeberangi Pulau Sapi ke Pulau Gaya dan
sebaliknya. Lebih ramai pelancong warga asing di Pulau Sapi berbanding dengan
Pulau Manukan dan kawasan ini boleh menjadi terlalu sesak terutamanya pada
musim cuti sekolah. Bagi yang gemarkan aktiviti jungle trekking anda boleh
melakukan aktiviti kegemaran anda di Pulau Sapi dan juga di Pulau Gaya.
Jeti Pulau Sapi
Bot membawa pengunjung ke Pulau Sapi
boleh cuba Flying Fox dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi
Pulau Sapi, Sabah
Setelah penat
bekerja dan sesekali dapat melarikan diri ke pulau-pulau di Sabah ni memang
best. Air laut yang jernih, pantai yang memutih dengan deruan ombak dapat
merehatkan minda buat seketika. Air laut di sini memang jernih. Fish feeding is
not allow here (tapi kami buat gak). Ikan berebut nak makan biskut sampai ada
yang berenang depan gogle dan kat muka. Batu karang xbanyak kelihatan mungkin
kerana kami hanya snorkelling di pesisiran pantai. (xmacam di Lombok, kami
menaiki bot dan snorkelling di kawasan yang penuh terumbu karang, dan ternampak
3 ekor penyu). Mungkin xada rezeki di Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Jadi kene
lah ke sana lagi =)
Bagaimana ke
Pulau Manukan dan Pulau Sapi
Bot-bot di Jesselton Point Jetty, Sabah
Telefon pengusaha bot dan maklumkan no. resit sekiranya
mahu mengubah masa di pulau
Tempat menunggu bot di Jesselton Point Jetty
No comments:
Post a Comment