Bukit
Fraser
Bukit Fraser adalah kawasan peranginan tanah tinggi.
Ianya merupakan destinasi menarik dengan hawa udaranya dingin serta pengekalan
ciri-ciri kolonial masa lalu seperti seni bina ala Todur dan suasana
perkampungan Inggeris.
Skala pembangunan dan tata fizikalnya memberi
peluang kepada pengunjung untuk mendekati alam semulajadi. Bukit Fraser
terletak kira-kira 1,500 meter daripada aras laut. Ianya seluas 28.049 km
persegi.
Jeram
Besu
Jeram Besu juga merupakan kawasan destinasi yang menarik
di Daerah Raub. Ini kerana ia terletak di Sungai Lipis dan berada 6km sebelum
Bandar Benta, 30km dari Bandar Raub dan juga merupakan tempat rekreasi yang di
kenali di dalam dan luar negara kerana ia tempat yang mencabar dan sesuai untuk
pelbagai aktiviti lasak seperti berkhemah, berakit, berkenu, kayak, merentas hutan
dan sebagainya.
Selain itu terdapat juga kemudahan yang di sediakan di
sini seperti rumah istirehat, kenu, kayak dan sebagainya. ini kerana kedudukan
Jeram Besu adalah ditengah-tengah kawasan yang juga berdekatan dengan kemudahan
dan kedai-kedai makan.
Lata
Jarum
Lata Jarum adalah merupakan salah satu
lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini
kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan
keindahan alam semulajadi.
Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau
Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil
masa beberapa minit sahaja.
Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung
akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari
air terjun Lata Jarum.
Tidak diketahui bagaimana Lata Jarum mendapat namanya,
tetapi mungkin daripada kesejukan airnya yang sejuk sehingga mencucuk ke
tulang. Sesuai dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di
sini berbatu-batan dan aliran airnya agak deras.
Namun begitu terdapat juga kawasan yang airnya agak
tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai
dan bermain air. Di sini, disediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik
menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi
rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2
pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam
chalet yang di perbuat daripada buluh. Bermalam di chalet buluh mampu
memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh
menguruskan, jika ingin mengadakan aktiviti 'jungle
trekking'.
Lata
Lembik
Lata Lembik juga salah satu lagi destinasi perkelahan
yang menarik di Daerah Raub, kawasan ini juga dipenuhi oleh batu-batan dan
airnya yang jernih serta sejuk. Kedudukan tempat perkelahan kira-kira 22 km
dari Simpang Kg.Batu Malim.
Pulau
Chekas
Terletak hanya beberapa kilometer dari Kampung
Tradisional Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung
berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya
apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai
yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran
Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir
sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih
tenang dan kurang berbatu.
Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik
menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran
kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan
gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di
bentuk daripada aliran sungai yang telah di empangkan.
No comments:
Post a Comment