MEMANCING
Muara Sungai Johor - ( November 2014)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia Pancing2u.
Laporan pertama tahun 2015 dari Selatan Tanah Air saya mulakan dengan berkongsi
trip memancing di muara Sungai Johor. Sungai Johor memisahkan daerah Johor
Bahru di sebelah Barat dan daerah Kota Tinggi di sebelah Timur. Muara Sungai
Johor pula bertembung dengan Selat Tebrau yang menghadap Pulau Singapura.
Terdapat jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang merupakan jambatan terpanjang
merentasi sungai di Malaysia buat masa ini.
Kedudukan
Sungai Johor
Untuk memancing di muara Sungai Johor, terdapat banyak jeti yang
menyediakan perkhidmatan menyewa bot. Antara lokasi jeti yang terkenal ialah di
Kong-Kong, Sungai Layang dan Teluk Sengat. Selain memancing dengan bot,
terdapat beberapa rakit memancing di kawasan ini. Trip memancing bot saya
biasanya terdiri dari enam orang. Lima orang ahli tetap iaitu saya, Najib, Pak
Ndak (pakcik saya) dan dua rakan pakcik saya iaitu Pakcik Salleh dan Pakcik
Noor. Seorang ahli jemputan untuk cukupkan korum biasanya terdiri daripada
rakan-rakan atau pun saudara kepada ahli tetap. Pakcik Noor merupakan otai dan
pakar rujuk kami di kawasan ini. Memandangkan rumah Pakcik Noor berhampiran
jeti, hampir setiap minggu beliau akan turun memancing di kawasan ini. Bagi
saya dan ahli-ahli lain pula, trip memancing di Sungai Johor merupakan aktiiti
memancing bulanan yang bergantung kepada kedudukan bulan dan takwim pasang
surut air laut. Biasanya kami akan memilih hujung minggu dengan keadaan air
yang sesuai untuk memancing bagi meningkatkan peluang membawa hasil yang baik.
Persiapan
Rapi Diperlukan
Maklumat Perkhidmatan Bot Dan Rakit Memancing
|
Persiapan lengkap perlu dipastikan seperti set memancing, umpan, peralatan
keselamatan, first aid, baju hujan, makanan, minuman serta pakaian salinan.
Untuk mengelakkan bahang terik matahari, trip memancing kumpulan kami akan
dilakukan pada waktu malam. Kami akan mula turun selepas Asar dan pulang
selepas Subuh keesokkan harinya. Kebiasaannya, kami akan turun ke Sungai Johor
melalui jeti di Sungai Layang dan menyewa tiga bot gentian kaca (fiber). Bot
biasanya disewa dari Rakit Yoyo ataupun Rakit Salleh. Setiap bot akan dinaiki
oleh dua orang sahaja walaupun bot boleh dinaiki tiga pemancing. Selain untuk
keselesaan, ianya juga untuk keselamatan dengan adanya bot rakan berdekatan
untuk "Backup" sekiranya terjadi sesuatu perkara
gambar semasa aktiviti memancing
memancing merupakan salah satu aktiviti rekreasi.aktivi ini juga sesuai untuk mengisi masa lapang tidak kira bersama keluarsa atau rakan rakan.
No comments:
Post a Comment