Saturday, 18 April 2015

JENIS AKTIVI REKRIASI YANG TERDAPAT DI KELANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ini adalah sambungan ekspedisi krew CutiKelantan di Dabong, Kelantan. Untuk anda yang belum membaca pengalaman di hari pertama kami menorakai gua-gua, boleh baca entri Cabaran Meneroka Gua-Gua di Dabong.
Hari kedua trip ini adalah mendaki Gunung Stong. Gunung Stong sememangnya sangat terkenal bagi pencinta alam semulajadi menikmati flora dan fauna yang belum tercemar dari pembangunan. Juga sangat popular sebagai destinasi eko-pelancongan di Malaysia.
Penulis telah lama berhajat untuk menawan Gunung Stong sambil menikmat keindahan ciptaan Ilahi terutamanya di Air Terjun Jelawang. Baru kali ini berkesempatan.
Jadi jom, ikuti pendakian kami yang terdiri dari wakil-wakil media serta pegawai pelancongan ke Gunung Stong. Memang sangat mengujakan!

Tepat jam 9.00 pagi kami sampai di kaki gunung dan melakukan senaman ringan.



Bergambar kenangan di kaki gununG

Taklimat oleh ‘nature guide’ sebelum memulakan aktiviti jungle trekking

Bermula pendakian. Semua peserta sangat teruja

Sepanjang pendakian, banyak juga celoteh dan gelak tawa sesama kami. Hanya untuk menghiburkan hati di kala memerah keringat memanjat laluan yang mencanak.
Paling tidak dilupakan adalah kedengaran suara penghuni di hutan ini iaitu Siamang, spesis monyet yang mendiami hutan yang seolah-olah menyambut kedatangan kami.

Melalui laluan berbatu


Agak mencabar apabila melalui laluan mencanak ini. Tali juga disediakan untuk memudahkan pendakian

Berehat sebentar setelah mengerah keringat mendaki
Untuk ke Kem Baha, terdapat dua trek iaitu laluan terus ke trek balak dan satu lagi perlu menyeberangi kaki Air Terjun Jelawang. Pendakian kami kali ini menyeberangi kaki air terjun untuk melihat keindahan Air Terjun Jelawang yang dikatakan air terjun berlata tertinggi di Asia Tenggara.

Pemandangan Air Terjun Jelawang semasa menyeberangi air terjun untuk ke Kem Baha

Tepat 2 jam mendaki, sampailah kami ke Kem Baha. Kem ini diselia oleh sekumpulan anak tempatan yang mengawasi kawasan hutan Jelawang. Kem ini juga boleh dijadikan tapak perkemahan untuk mereka yang hendak bermalam.
Kawasan perkemahan di sini mampu menambung beratus-ratus orang dalam satu-satu masa.

Tiba di Kem Baha setelah 2 jam ‘jungle trekking’

Satu-satunya gerai cenderahati di Hutan Jelawang


Di Kem Baha inilah terdapatnya kawasan pemandangan cantik yang dapat dinikmat di puncak Air Terjun Jelawang.
Jika anda bermalam di sini, pemandangan di waktu pagi adalah paling ditunggu-tunggu. Suasana berkabus dengan pancaran matahari yang baru naik memang menawan.

Berehat menikmat keindahan alam di puncak Air Terjun Jelawang


Tidak jauh dari Kem Baha, terdapat beberapa tempat menarik seperti Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung.
Air Terjun Kolam Puteri ini agak tinggi dan sering dijadikan acara ‘sliding’ mengelunsur ke dalam air.

Air Terjun Kolam Puteri. Sangat sesuai untuk ‘sliding’ dan berenang


Di sekitar kawasan ini terdapatnya tujuh buah lubang atau telaga semulajadi yang sesuai berendam sambil menikmati keunikan Air Terjun Jelawang. Kerana itulah ia digelar Telaga Tujuh.

Telaga tujuh. Satu lubang lagi di sebelah atas iaitu di Air Terjun Dua Gunung.
Tepat jam 2 petang, kami mula mengisi perut dan mandi manda. Masakan dan makanan telah disediakan di dapur Kem Baha.


Tiada yang lebih menyelerakan apabila penulis menikmati makan tengahari di ketinggian 303 meter dari aras laut

Pada jam 4 petang, kami pun mula menuruni untuk pulang ke penginapan.
Biarpun trip kali ini tidak sampai betul-betul di puncak Gunung Stong, setiap dari kami masih memasang cita-cita untuk bermalam di Kem Baha dan mendaki ke puncak gunung yang mempunyai ketinggian 1,433 meter dari aras laut. Semoga impian kami menjadi kenyataan.

Pengalaman mendaki Gunung Stong bersama wakil media dan pegawai pelancongan menjadi satu pengalaman yang akan sentiada di ingati sampai bila-bila.
Keindahan alam semulajadi dan udara yang menyegarkan disulami derungan air terjun yang mengalir sangat memberi ketenangan dan kesegaran. Boleh menjadi terapi minda apabila berada di sini. Sememangnya sangat menyeronokkan dan mengujakan.




No comments:

Post a Comment